Wednesday, 15 March 2017

Ada apa dengan Sustained Release Vita-C Plus?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kak Ani yakin kita semua tahu kebaikan Vitamin C dan kebiasaannya kita akan dapatkan Vitamin C dari pengambilan buah2an seperti oren, lemon, limau, kiwi, mangga, nanas dll. Sinonimnya Vitamin C ni dengan buah oren kan?


Sekarang, jom kita tengok apa ada pada  Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ni sampai boleh licinlah stoknya seluruh Malaysia. Ia merupakan antara produk PALING LARIS juga di Malaysia 👍👍👍

Ada 180 biji
Boleh tahan 6 bulan pengambilan

1) Kenapa kita perlu ambil Vitamin C dalam diet harian kita?
Ada 2 sebab utama iaitu;
  • Tubuh kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri
  • Tubuh kita tidak menyimpan vitamin C


2) Apakah kesan daripada pengurangan Vitamin C dalam tubuh?
  • Mudah tertekan/stres
  • Kulit kering/bersisik
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah selsema/bersin
  • Wajah nampak tua dari usia
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam/antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan (penyakit skurvi)
  • Kurang berat badan

TAHUKAH ANDA! Untuk mendapatkan dos Vitamin C yang mencukupi, kita perlu ambil 9 hidangan buah2an & sayur2an 😱😱😱


Agak mustahilkan untuk kite penuhi keperluan seperti itu SETIAP HARI 😅


3) Apakah yang membezakan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee dengan Vitamin C jenama lain di pasaran?

Maksud 'sustained release' adalah sebiji Vita-C dirembeskan secara perlahan2 dalam tempoh 5 jam. Sebiji Vita-C mempunyai 500mg. Maknanya Vita-C akan dirembeskan 100mg/jam. 

Tubuh kita boleh serap Vita-C 100-200mg sahaja dalam sejam. Jika kita ambil secara berlebihan, pembaziran akan berlaku dimana Vita-C akan dibuang melalui urin (air kencing) sahaja. No point kita ambil Vitamin C (jenama lain) yang tiada sustained release walaupun 1000mg sebiji sebab ia akan dibuang begitu je dari badan tanpa penyerapan yang sepenuhnya.

Selain daripada itu, kelebihan Sustained Release Vita-C Plus ini juga mengandungi Citrus Bioflavonoids yang dapat membantu meningkatkan penyerapan Vita C dan mengekalkan kesannya lebih lama.



4) Siapakah yang perlu Sustained Release Vita-C Plus Shaklee?

  • Ibu hamil & menyusukan (BF)
  • Perokok & orang yang terdedah dengan perokok
  • Warga tua
  • Individu yang stress
  • Individu yang menjalani pembedahan
  • Individu yang kerap demam, selsema 
  • Individu yang mahu kulit cantik
  • Pengidap darah tinggi
  • Pengidap kencing manis

5) Apakah kebaikan2 Sustained Release Vita-C Plus Shaklee?

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan sistem imun
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih (berguna dalam rawatan anemia) 👉 Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah
  • Merawat jangkitan saluran kencing
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
6) Apa lagi yang best pasal Sustained Release Vita-C Plus Shaklee?

Dapat maintain keremajaan kulit 😍

Sangat penting untuk IBU HAMIL kerana dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang 😍
BONUS!!!

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee boleh buat sebagai masker 💋

Cara buat masker Vita-C Shaklee 💓

Testimoni daripada penggunaan masker Vita-C Shaklee 👇😍



Banyak dah Kak Ani kongsikan pasal Sustained Release Vita-C Plus Shaklee nikan? Best ke best? CONFIRM BEST! 😍👍 

Macamana nak dapatkannya?



Follow Kak Ani di Instagram @serimuslimahsihat ok! ✌

Kak Ani berkongsi untuk kemaslahatan manusia sejagat supaya samasihat, cantik, bertenaga dan dapat meneruskan perjuangan hidup di dunia dan mendapat keberkatan di akhirat kelak, InshaAllah.


Thursday, 9 March 2017

Kategori Vitamin/Suplemen: Semulajadi vs. Sintetik vs. Organik


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Selanjutnya cerita mengenai suplemen adalah jenis-jenis @ kategorinya. Rujuk jadual di bawah:



Kepelbagaian jenis suplemen & vitamin yang merata di pasaran dunia terbahagi kepada kategori-kategori tersebut. Kebanyakannya dari jenis sintetik yang melibatkan banyak proses kimia dalam hasil pembuatannya. 


Kita lihat contoh berikut untuk lebih jelas 👇


Pemilihan jenis suplemen/vitamin sangat-sangat PENTING! Ia merupakan salah satu ikhtiar untuk kesembuhan maka pemilihan vitamin yang SEMULAJADI perlu diberi perhatian lanjut. 

Kita nak sembuh cuba Vitamin X. Tanpa sedar Vitamin X mempunyai kadar glukosa yang tinggi sehingga menyebabkan penyakit lain yang muncul. Selain itu mempunyai bahan kimia yang boleh mengganggu hormon badan kita sehingga memberi kesan buruk di masa akan datang. Apabila dikaji, bahan-bahan yang digunakan tidak mendapat kelulusan KKM dan didapati mempunyai bahan terlarang. 

Kulit bermasalah kerana stress dan cuba set kecantikan Y. Kesan seawal 3 hari memberikan kepuasan maksima. Setelah 3 bulan, stop pakai set kecantikan Y. Jerawat batu yang tak pernah singgah pada wajah sebelum ini menjadi teman sejati kulit pulak akhirnya. Bila dikenal pasti, terdapat bahan kimia yang menghakis kulit muka dan menyebabkan kulit sangat sensitif pada jangkitan bakteria. 

Contoh-contoh situasi 👆 memang kerap berlaku atas sebab lambakan produk suplemen & set kecantikan di pasaran sekarang. 


Kita sebagai pengguna WAJIB BIJAK MEMILIH 👍

PILIH VITAMIN SEMULAJADI 🌱

Mencari konsultan yang boleh membantu anda dalam pemilihan suplemen/vitamin?


Hubungi:


Suplemen BUKAN Ubat


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pertama-tamanya perlu kenal pasti definisi/takrif/maksud bagi SUPLEMEN dan UBAT.

Suplemen (supplement)

tambahan; pelengkap (rujukan DBP)
👉makanan tambahan yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menampung keperluan nutrien yang tidak cukup sama ada diperoleh daripada sayuran, buahan, bijirin serat, tenusu dll

Ubat (medicine)

sedatif; mempunyai kesan menenangkan saraf atau melegakan ke­tegangan (rujukan DBP)
👉dadah atau bahan kimia yang diambil untuk mencegah, mengawal & merawat sesuatu penyakit


Perbezaan yang kita dapat melalui definisi sahaja telah memberi penerangan yang jelas. 

Suplemen/vitamin berupa suatu bentuk alternatif/ikhtiar dalam meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia secara optimum tanpa sebarang kesan sampingan di masa akan datang. Suplemen boleh diambil oleh individu yang sihat atau pun berpenyakit. Ia juga boleh membantu kita memperbaiki sistem dalaman tubuh bagi memperoleh bentuk badan yang ideal, kulit yang cantik, otak yang cergas serta dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang dan gembira. Suplemen bukan sahaja dicari ketika sakit malah ia penting untuk menampung keperluan nutrisi dalam badan manusia yang tiada masalah kesihatan (penyakit kronik). 

Suplemen BUKAN ubat dan ubat bukan suplemen. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? 


Mencari konsultan yang boleh membantu anda dalam pemilihan suplemen/vitamin?

Hubungi:


Monday, 13 February 2017

Kenapa Pilih SHAKLEE?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap keputusan yang kita buat dalam hidup perlu ada sebab. Asbab utama perlulah ke arah kebaikan dan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Setiap yang percaya kepada adanya agama (tidak tertakhluk kepada Islam sahaja) pasti berkehendak kehidupan yang sebaik-baiknya di dunia ini. 

Okeh...

Hari ini Kak Ani nak share KENAPA PILIH SHAKLEE? Ada 2 asbab utama berdasarkan pengalaman & pemerhatian Kak Ani sendiri:

1) Suplemen


Dalam pengambilan pemakanan tambahan, Kak Ani memang ragu-ragu sangat dulu. KENAPA?
Sebab Kak Ani ada masalah irregular periods (period yang tidak tetap) & suspected PCOS (Polystic Ovary Syndrome). Kesan daripada PCOS yang paling Kak Ani susah hati dulu adalah sukar untuk hamil.

Yes, this is why I don't give a damn to any supplement intake.

Kak Ani takut nak masukkan sebarang pil/kapsul/serbuk/cecair yang merata di pasaran ni dalam badan. Terasa macam sebijik pil yang kecil tu boleh kacau my whole body system. Even Panadol pun Kak Ani elak selagi boleh. 

Setelah berkahwin pada tahun 2008, Kak Ani tidak serta merta timang cahaya mata. Ini menguatkan lagi ketakutan Kak Ani adanya PCOS yang menyebabkan sukar untuk hamil. Tapi Allah Maha Mendengar, Alhamdulillah Kak Ani disahkan hamil setelah 8 bulan berkahwin. Pada masa itu, Kak Ani memang tiada ambil sebarang suplemen sampailah tempoh melahirkan. Setelah anak sulung Kak Ani dilahirkan pada tahun 2010, Kak Ani langsung tak ambil apa2 suplemen juga sehingga waktu berpantang pun Kak Ani tak makan apa2 jamu sebab anak kene demam kuning yang berpanjangan (prolonged jaundice). Sampailah suatu ketika masa tu penghasilan susu Kak Ani merudum. Dari situlah seorang sahabat Kak Ani berkongsi & syorkan consume Shaklee. Pada mulanya Kak Ani terima suplemen dan mula ambil tahu dengan lebih lanjut. Pendek kata tersangatlah lama untuk Kak Ani nak bina kepercayaan dan keyakinan terhadap makanan tambahan ni.

Alhamdulillah, kesan pengambilan, hasil permbacaan, rujukan, selidik, perkongsian, pengalaman dari yang lain2, SHAKLEE effect bukan biasa2.

2) Bisnes Online 

Dalam banyak2 bisnes, practically sistem yang digunakan dalam Shaklee mudah dan mesra pelanggan. Kecenderungan Kak Ani untuk berkongsi kebaikan suplemen Shaklee kepada semua adalah suatu tanggungjawab untuk sama2 dapat manfaat dan boleh menjana income secara progresif. 

Zaman sekarang, semua orang boleh berniaga. Semua orang mampu menjana pendapatan dimana-mana sahaja dengan adanya kemudahan2 teknologi yang hebat. Tak perlu nak up-to-date sangat sampai nak kene ada iphone, mac, note etc :D Cukuplah ada smartphone tak kisah cap apa dan internet. 

Di dalam Shaklee, Kak Ani tidak mahu emphasise perkataan MLM itu walaupun Shaklee memang perniagaan MLM. MLM memberikan suatu fahaman/pemikiran yang agak negatif dikalangan kita dari dulu sampailah sekarang. Ini kerana terlalu banyak unsur2 yang tidak baik dan boleh membawa padah kepada institusi kewangan seseorang. Sebab itu Kak Ani lebih suka kongsikan kebaikan menjana pendapatan dengan Shaklee ni lebih telus, lebih produktif dan lebih bermaruah

Kenapa Kak Ani taip macam tu, lihat gambarajah di bawah:


Sahabat2 & saudara2 yang bersama2 membangunkan empayar Shaklee sangat supportive dan tidak kedekut ilmu. Masing2 berlumba2 untuk bantu antara 1 sama lain. Betulkan nawaitu kita dan didik jiwa supaya nampak lebih kebaikan berbanding keburukan. 

Fokus kita dalam perniagaan bukan semata-mata untung, tetapi faedah yang diperoleh daripada suplemen Shaklee. Setiap perniagaan perlu dibekalkan semangat kental dan kebergantungan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pemberi. Secara tak langsung, jiwa kita akan lebih kuat dan dekat padaNya. Hubungan kita dengan Sang Pencipta tiada jurangnya kerana hanya DIA sahaja hajat kita diperkenankan. Jom periksa semula apakah tujuan kita hidup di dunia ini.

Tiada yang akhir dalam proses memajukan diri, setiap yang kita lakukan adalah titik permulaan.
Dengan itu, jika ada sebarang perkongsian dan pertanyaan, boleh hubungi kak Ani seperti berikut:


Tuesday, 6 May 2014

Didik diri untuk minum air masak


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dan selalu juga diabaikan keberadaannya. Manusia sentiasa merungut bila takda air, tapi air tak merungut pun bila ia selalu dibazirkan. 

Apa ada pada air?

Air adalah keperluan penting setiap benda hidup. Tanpa air maka matilah hidupan di muka bumi ini. Pentingkan air?

Jom kita teliti kaedah/tips untuk suka minum air masak dan waktu-waktu terbaik untuk minum ;)

  • Sediakan botol air/ cawan besar khas di mana sahaja kita berada. Ramai yang cadangkan botol air yang ada sukatan supaya tau banyak mana dah kita minum. Tapi bagi saya, air adalah keperluan dalam menjalani kehidupan harian, so let it be naturally. Didik diri untuk minum air setiap masa tanpa ambil kisah bape banyak dah kita minum.
  • Guna straw. Secara tak langsung memang boleh habis 1 botol beso. Cuba try!
TAHUKAH ANDA? Penggunaan straw dapat mengelakkan dari non-stop drinking. Adab minum air adalah minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. (Baca disini: http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/18/adab-minum-rasulullah-saw/)
  • Minum air selepas keluar dari tandas bagi menggantikan cecair yang keluar.
  • Tampal pada dinding depan mata:
SAYA SUKA MINUM AIR MASAK!!!

TAHUKAH ANDA? Otak manusia akan bertindak dari apa yang dilihat dan didengar.


Waktu yang digalakkan untuk minum air masak:
  1. Minum 2 gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR à Bantu mengaktifkan organ dalaman
  2. Minum 1 gelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN à Bantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
  3. Minum 1 gelas air masak - SEBELUM MANDI à Bantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
  4. Minum 1 gelas air masak - SEBELUM TIDUR à Bantu mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Setiap pengambilan supplement (nutrien tambahan) memerlukan pengambilan air yang banyak bagi melarutkan supplement yang dimakan. Kepada semua pengamal SHAKLEE tegar, air adalah sebahagian dari hidup seharian kita 'umpama aur dengan tebing' lagaknya ^__^ Mari bertindak ikut keperluan demi memastikan kecergasan dan kesihatan optimum diperoleh. 

Hubungi saya:

Friday, 2 May 2014

Meal Shakes


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MEAL SHAKES


PROMOSI MEI 2014

BUY 6 FREE 1
Harga per canister: RM113.75

Beli 7 botol = RM796.25

Tapi, sekarang anda beli 7 dengan harga RM682.50 sahaja!

JIMAT RM113.75


Nak JADI AHLI PERCUMA???


TANYA SAYA SEKARANG!

SMS/WHATSAPP ke 011 15726201
atau
EMAIL ke serimuslimahdotcom@gmail.com

Wednesday, 30 April 2014

Selamat Bertemu Kembali Rejab


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”. (HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.: “Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”. (Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).