Cara Menghilangkan Jerawat Batu hinggap di Muka dengan Berkesan dan Selamat

Friday, March 02, 2018 2 Comments A+ a-

Amboi! Besarnya jerawat ko, meh aku tolong pecahkan nak? Weih, apa ke teruk sangat muka ko ni dengan jerawat batu. Ko tak jaga muka eh? Pasti ada yang pernah alami situasi ini dimana sering menjadi sindiran/gurauan orang akibat daripada muka berjerawat batu. Ya! Hanya yang alami je tahu bagaimana perasaan sakitnya dan rasa rendah dirinya untuk menghadapi masalah seperti itu. Ramai orang hanya bersimpati dan tak kurang juga mengata. Masalah jerawat batu yang kronik boleh memberi kesan kemurungan pada yang alami kerana hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat. Masalah ini berkait rapat juga dengan jenis kulit berminyak. Jadi, apakah cara untuk mencegah jerawat batu hinggap di muka dengan berkesan dan selamat?

Jerawat batu (nodul) adalah jerawat yang saiznya lebih besar daripada jerawat biasa dan berbonjol atau nama saintifiknya adalah Cystic Acne. Jerawat batu sakit apabila disentuh dan boleh menyebabkan berlakunya keradangan yang teruk di sekitarnya membuatkan ia nampak sangat besar. Ia boleh muncul dimana-mana bahagian muka termasuk di belakang badan dan sangat menyakitkan. Lazimnya ia akan tumbuh berulang-ulang pada tempat yang sama dan akan meninggalkan parut berkawah.

Sebelum itu, kenal pasti dahulu faktor utama yang menyebabkan munculnya jerawat batu pada muka.

Punca Jerawat Batu

Hormon - Masalah kecelaruan hormon sama ada lelaki atau wanita akan menyebabkan kalenjar minyak kat muka menjadi aktif dan bila terlalu banyak kulit akan tersumbat dan bila bergabung pulak dengan bakteria maka terhasillah jerawat durjana. Bagi wanita masalah hormon memang menjadi asbab utama gejala masalah kulit.

Pemakanan - Masalah kulit memang ada kena mengena dengan cara pemakanan kita. Jerawat muncu disebabkan banyak makan makanan bergula, berlemak dan berminyak. Kurang minum air jadinya badan tidak mengeluarkan sisa toksik yang berkumpul dalam badan.

Genetik - Yes, masalah jerawat batu boleh diwarisi dari keturunan sebelumnya. Tapi janganlah bersedih kalau kita alami masalah jerawat batu ni akan berjangkit juga pada anak/cucu sebaliknya mari cari penyelesaian supaya si anak tidak mewarisinya.

Kosmetik - Jika anda rajin pakai make up, makanya perlu rajin juga membersihkannya sebersih-bersihnya. Sebab kulit dah sedia jenis berminyak, bila ditambah dengan produk-produk kosmetik yang ada chemical akan memburukkan lagi struktur kulit.

Sinaran UV- Sinaran UV dari matahari ataupun lampu dalam rumah boleh merosakkan kulit. Apabila lapisan kulit makin menipis, faktor pertahanan kulit semakin merosot dan ini menyebabkan sel-sel kulit akan terjejas.

Cara Hidup - Kurang rehat & tidur serta stress boleh menyumbang kepada kehadiran jerawat. Ia berkait-kait atara satu sama lain dengan cara makan dan tindakan hormon juga. Pokok pangkalnya jaga makan, rehat perlu cukup, air minum banyak InsyaAllah masalah ini dapat diatasi

Jerawat batu merupakan masalah jerawat yang paling serius sehingga perlukan rawatan daripada pakar kulit/dermatologi. Jika terlalu banyak, pengambilan ubat antibiotik khas untuk jerawat perlu dimakan. Kebanyakan produk skincare yang berada di pasaran tidak dapat merawat masalah jerawat batu dengan berkesan kerana ia meninggalkan parut kekal dan kulit menjadi kusam dan berjeragat. 

Penyelesaian Terbaik untuk Menghilangkan Jerawat Batu dengan Berkesan dan Selamat

Masalah jerawat batu perlu dimulakan dengan baik pulih dalaman. Selain daripada kawal diet harian, minum air, makan buah dan sayur serta kawal stress, suplemen dan vitamin sangat membantu untuk kesan yang lebih cepat.

Vitamin yang diperlukan untuk masalah ini ada 7 dengan fungsi masing-masing:

1) Vivix
Kaya antioksida yang melawan radikal bebas. Bantu membaik pulih sel kulit sehingga ke DNA serta meningkatkan tenaga sel untuk memperbaharui sel-sel dengan lebih cepat.

2) GLA Complex
Bantu menstabilkan hormon dan mencantikkan lagi kulit muka. Jerawat berpunca dari ketidakstabilan hormon

3) Vitamin C
Vitamin yang tinggi antioksida yang berdifat menyingkirkan toksin dalam badan supaya daya ketahanan badan lebih kuat serta merangsang penghasilan kolagen untuk kulit lebih sihat

4) Garlic Complex
Sebagai antibiotik semulajadi untuk meredakan keradangan jerawat

5) Alfalfa Complex
Sebagai agen detoks, anti-alahan terbaik

6) ESP
Protein berasaskan soya non-GMO yang kaya dengan 9 asid amino penting untuk baik pulih kulit yang rosak dan regenerate kulit baharu yang lebih sihat

7) B Complex
Vitamin anti-stress yang mempunyai kesemua vitamin B penting untuk tubuh 

Seterusnya, apabila dalaman semakin pulih barulah kita ikhtiar untuk luaran pula bagi menyeimbangkan keperluan kulit di bahagian luar dengan set jagaan muka yang terbaik iaitu Youth™.

Produk Youth terdiri daripada:


  • YOUTH® Luminous Gel Oil Cleanser
  • YOUTH® Perfecting Skin Toner
  • YOUTH® Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50
  • YOUTH® Advanced Renewal Night Cream
  • YOUTH® Activating Serum
  • YOUTH® Radiance C + E
Youth telah dilancarkan pada 1 Mac 2018 di Malaysia dan mendapat sambutan yang hangat. Feedback daripada pengguna-pengguna Youth™ yang terawal sangat berpuas hati dengan perubahan kulit yang diperoleh. 

Lihat testimoni-testimoni pengguna Youth™ yang mengalami masalah jerawat batu.









Akan ramai lagi yang bakal merasai keberkesanannya selepas ini. 

Anda boleh dapatkan rangkaian produk Shaklee & YOUTH™ khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜ 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




2 review

Write review
Hans Hanis
AUTHOR
5 March 2018 at 13:20 delete

alhamdulillah
nasib tak ada
bagus produk nih untuk sesiapa yg ada masalah jerawat batu

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
5 March 2018 at 14:50 delete

Hargai kulit anda kerana kalau silap sikit murung jadinya :)

Reply
avatar