SAYA dan SHAKLEE

Saturday, December 09, 2017 0 Comments A+ a-


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kehidupan, kesihatan, keberadaan dan kesanggupan untuk meneruskan kelangsungan hidup di mukabumi qJJI yang Maha Kaya. 

Siapa saya?
     Selaku seorang isteri, ibu, anak dan muslimah di bumi Malaysia ini berasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari produk SHAKLEE. Nama sebenar Rozziana Idziani Binti Zainul Rashid. Pendek nafas nak sebutkan :) Panggilan manja keluarga Idziani. Takde pendek lagi ke? :p Oklah, just call me 'Eboo' k ;) Mempunyai 3 orang permata hati (setakat ini 2017), Nur Aina Batrisyia, Muhammad Zulammar & Nur Nafisatul Auni ♥ 

Bila mula bershaklee?
     Bermula pada tahun 2011 dengan set percubaan MENYUSU (basic) yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B complex dan Alfalfa. Atas sebab penghasilan susu merudum..dum..dum tambah pula nak masuk bulan puasa. Masa ni, anak pertama berumur setahun lebih. Sudah tertanam dalam benak untuk menyusukan secara ekslusif sehingga 2 tahun. Tapi sayang, bekalan susu EBM pun dah abis, susu ibarat kais pagi minum pagi kais petang minum petang terpaksa juga campur susu formula (Dutch Lady, the cheapest and economical milk price). Berkat dari percubaan pertama dengan set MENYUSU SHAKLEE + penggunaan pam medela FS, Alhamdulillah anak pertama berjaya untuk disusui sehingga berusia 2 tahun. 

Nota kaki: Supplement SHAKLEE bukanlah segala-galanya tapi berkat kesanggupan Eboo untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun telah menemui kejayaan, dengan izin Allah 

      Tahun 2012, Eboo mengandung anak kedua (superhero) dan cuba set BERPANTANG yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B complex, zinc, ESP, Ostematrix dan Alfalfa. Masa berpantang, pantang macam biasa dan kesannya Kak Ani sedar selepas berpantang. Terasa badan macam tak pantang, patutlaa ramai yang menegur "gaya macam bukan tengah berpantang" :p Yang best lagi, baby kene mild jaundice. Legaaaa.. sebab tak sanggup nk pi balik hospital cucuk amik darah bagai macam kaklong dia kena +__+

      Superhero berjaya menamatkan sesi penyusuan sehingga 2 tahun seperti kaklongnya BFF (breast feeding fans) ^__^ 

        Tahun 2016, bulan 10 permata hati no. 3 pula dilahirkan. Dijadualkan EDD pada 27 Oktober 2016 tapi takdir Allah yang tentukan Si Nonet keluar melihat dunia pada 1 Oktober 2016 (advance 26 days). Pada ketika itu kandungan genap 36 weeks. Semasa mengandungkan Si Nonet, Eboo mengamalkan set HAMIL tetapi hanya consume ESP, OmegaGuard, Vitamin C & Ostematrix. Dalam masa yang sama makan Folic Acid & B Complex yang dibekalkan dari KK juga. Pengambilan Alfalfa semasa berpantang. 

       Eboo seru ibu2, emak2, mama2, mommy2, umi2 sekalian, tanam siap2 dalam hati dan fikiran kita untuk beri susu yang Allah kurniakan pada setiap kaum hawa kepada amanah yang diberikan (anak2 tersayang). 

Eboo sebagai SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID), berbesar hati untuk berkongsi tips, pengalaman dan maklumat berkenaan dengan produk SHAKLEE ini.



Penghantaran seluruh Malaysia
COD area : Pandan Indah – Taman Muda - Kampung Cheras Baru - Pandan Mewah – Ampang  Cheras
Hubungi Eboo untuk maklumat lanjut:
Follow me 👇