5 Rahsia untuk Kekal Cantik dan Awet Muda secara Semulajadi

Tuesday, February 20, 2018 0 Comments A+ a-

Cantik ni subjektif. Tapi bagi wanita, kecantikan itu suatu keutamaan dalam hidup mereka. Betul sangat la dah eboo pun seorang wanita 😁 Cuma bila dah jadi mak-mak ni, kekangan masa yang menyekat diri untuk tampil over cantik. Alhamdulillah, Allah jadikan wanita ni makhluk yang mempunyai natural beauty gitu 😄 Tak perlu make up tebal-tebal untuk tutup cela di muka. Tapi apakah rahsia untuk wanita kekal cantik dan awet muda secara semulajadi dan selamat? Jom kita kupas 5 rahsianya.

Umumnya, kulit merupakan organ terbesar sekali pada tubuh manusia dan purata kepanjangan kulit manusia apabila diregangkan adalah lebih kurang 2 meter persegi. 

Tahukah anda? Kulit kita akan menanggalkan sel-sel kulit mati setiap hari dan lapisan kulit baru akan tumbuh semula dalam tempoh 28 hari. Sebab itu perlukan pemakanan dan penjagaan yang betul untuk kekalkan kecantikan dan kesihatan kulit sepanjang masa.

5 Rahsia Kekal cantik dan Awet Muda
Minum air yang banyak mengikut kadaran yang ditetapkan
Banyak fakta berkenaan pengambilan air seharian. Secara umumnya, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tidak cukup kerana ia bersamaan dengan 1.9 liter air sahaja. 


Fakta! Berdasarkan saranan Mayo Clinic dan Prof. Dinges (professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania)
adalah seperti berikut: Lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter.  Manakala, perempuan pula ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

Air diperlukan bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi yang boleh menyebabkan kulit jadi kering dan terasa tegang. Apabila kulit kekurangan air, ia akan mengeluarkan lebih banyak minyak untuk menggantikan air yang kurang itu sehingga menyebabkan jerawat, kegatalan dan kulit tidak sekata. Makanya dengan pengambilan air yang mencukupi, kulit akan kekal lembap dan beri kesan gebu menutup segala cela dan kedutan.

Lakukan senaman muka secara rutin
Senaman muka merupakan cara selamat dan ideal berbanding cucuk Botox atau lakukan pembedahan. Ia membantu untuk melancarkan peredaran pada tisu muka dan memberi kesan kulit muka yang berseri. Selain itu, ia membantu merangsang pembentukan kolagen dan elastin untuk melembut, menegang dan menguatkan kulit dari berkedut dan nampak bengkak.

Boleh cuba senaman muka ini 👇
Amalkan suplemen Vitamin C
Peranan vitamin C adalah untuk menggalakkan keupayaan kulit untuk membaik pulih dengan sendiri supaya kedutan, kulit kering dan kasar dapat dikurangkan. Vitamin C merupakan antioksidan yang meneutralkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga adalah komponen penting bagi mensintesis kolagen untuk membuatkan kulit jadi tegang, lembut, berseri dan sihat.
Anjalkan kulit muka dengan Kolagen
Kulit manusia lahiriahnya mengandungi kolagen yang banyak supaya struktur kulit kekal elastik. Tanpa kolagen selaku 'building block' untuk kulit, pakailah apa sahaja jenis krim anti-ageing memang tak jalan. Hakikatnya, semakin meningkat usia, kandungan kolagen pada kulit semakin menurun dan sampai 1 masa ia tidak dapat dihasilkan lagi secara semulajadi. Oleh sebab itu, pengambilan kolagen sangat disyorkan untuk kembalikan keremajaan kulit luar dan dalam, memperbaiki keanjalan dan mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan. Kesan awet muda meningkat apabila gabungan kolagen dengan vitamin C bersama.
Penggunaan skincare yang betul dan selamat
Dapatkan kulit muka yang anggun dengan pemilihan set penjagaan muka yang betul. Kenal pasti produk dari ramuan semulajadi, selamat dan terbukti bahan-bahan yang digunakan bebas bahan kimia dan berkesan untuk membaik pulih kulit dan nampak lebih muda. Elakkan produk yang boleh menyebabkan kulit jadi sensitif, gatal, jerawat yang teruk sehingga menjadi radang. Amalkan skincare harian yang sesuai untuk memperoleh kulit yang sihat dan berseri.

Kombinasi Vitamin Cantik dan Awet Muda
Konsultasi eksklusif untuk anda mengikut masalah dan keperluan suplemen yang penting untuk bantu menyelesaikan masalah kulit. 

Skincare untuk Cantik dan Awet Muda

Cara penggunaan dan untuk kesan optimum mengenai YOUTH® akan dikongsikan khas untuk customer eboo sahaja. 

Bagaimana untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan menjadi orang terawal merasai keberkesanannya? Tempahan awal telah dibuka 🙌

Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇



 
Artikel berkaitan:



10 Tips Kulit Cantik Luar dan Dalam secara Semulajadi