Cara Atasi Masalah Gastrik ketika di Berpuasa dengan Mudah dan Selamat

Tuesday, May 22, 2018 0 Comments A+ a-

Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Marhaban Ya Ramadhan 💚 Bulan Ramadhan merupakan bulan kemuliaan dan istimewanya untuk seluruh umat Islam sedunia. Tetapi mungkin ada segelintir daripada kita berasa sangat gusar untuk menempuh bulan puasa. Mereka adalah penghidap penyakit gastrik. Kali ini, eboo akan kongsikan cara-cara untuk mengatasi masalah gastrik terutamanya ketika berpuasa.

Fadilat Berpuasa
Kita sedia maklum bahawa selaku umat Islam kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan tanpa mengira usia. Dari kecil kita di asuh untuk cuba berpuasa semampu yang boleh. Dengan itu, setiap masalah atau penyakit pasti ada cara yang terbaik untuk elakkan serangan itu. Puasa tidak memudaratkan malah ia memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada tubuh kita terutamanya sistem pencernaan.

Salah faham yang selalu timbul dengan alasan tidak dapat melaksanakan ibadah puasa kerana gastrik, adakah ia benar ataupun hanya imaginasi di mana otak proses untuk mencetuskan rasa sakit itu bila puasa? 


Menurut Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka. (sumber)

Merujuk kepada sains, puasa adalah suatu cara untuk perut dalam keadaan berehat. Dimana pada ketika itu, kadar rembesan asid hidroklorik akan menurun. Asid hidroklorik dengan pH1-2 berfungsi untuk mencernakan makanan yang dimakan. Sel perut akan menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi. Tetapi bagi pesakit gastrik, dinding atau lapisan mukosa perut mengalami keradangan akibat serangan bakteria atau faktor² lain. (baca lanjut)

Bagi pesakit gastrik khususnya, perlu kenal pasti dengan lebih teliti pilihan makanan² yang memberi masalah pada perut. 

Kenal Pasti Faktor Penyebab Serangan Gastrik Ketika Berpuasa

Amalkan!
  • Kurma kerana sumber gula sangat baik, berserat tinggi, mempunyai kalium dan magnesium
  • Karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat (makanan yang lambat cerna) ketika bersahur
  • Makanan dimasak secara panggang dan rebus
  • Berbuka dalam kuantiti sederhana dan jarakkan pengambilan makanan
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang Ramadan
  • Minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur
  • Cepatkan berbuka dan lambatkan bersahur serta makan dalam kuantiti yang kecil dan bersederhana
  • Makan ubat pada waktu sahur jika sekali sehari dan waktu berbuka dan sahur jika dua kali sehari
Elakkan!
  • Makanan bergoreng, berlemak, berasid tinggi (seperti limau, oren, lemon, tomato)
  • Makanan segera di dalam tin kerana kandungan asid yang tinggi dan banyak bahan kimia dan bahan pengawet
  • Karbohidrat ringkas dan mempunyai gula yang tinggi
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi dan air gas
  • Merokok boleh melambatkan penyembuhan ulser yang sedia ada dan menyumbang kepada ulser supaya berulang, mengganggu pencernaan dan rufluks asid untuk pesakit gastrik
  • Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak
Fasa berjaga-jaga!
  • Kajian menunjukkan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahari. Oleh itu, jika anda mengalami sakit ulu hati yang teruk, sila dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin akan memudaratkan. 
  • Jika anda kelihatan letih, lesu dan pucat berbukalah dan  dapatkan rawatan di klinik/hospital kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah)
Walau bagaimanapun usah jadikan alasan untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadhan jika perkara yang diamalkan dan dielakkan seperti yang dibincangkan di atas tidak dipatuhi.

Ringkasan 6 Tips untuk Pesakit Gastrik ketika Berpuasa
𝟏 Berbuka secara bersederhana dan dimulakan dengan air kosong dan buah kurma, pemanis terbaik untuk sumber tenaga. Boleh juga disusuli dengan makanan bersup dan buah (kurang berasid). Berhenti seketika dan tunaikan solat Maghrib, kemudian baru makan makanan yang lebih berat. Boleh lebihkan makanan yang beralkali berbanding berasid seperti sayuran kobis, brokoli, bawang putih atau sayuran berdaun hijau.

𝟐 Makan semasa berbuka dalam kuantiti yang sederhana/sedikit tetapi kerap. Elakkan makan banyak sekali harung kerana ia boleh menyebabkan ketidakhadaman. Ia juga boleh mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut dan dapat mengawal paras gula dalam darah semasa proses metabolisme tubuh.
𝟑 Jangan minum kafein (kopi/teh) ketika berbuka dan sahur kerana kafein akan merangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Cadangan boleh ambil selepas solat terawih.
𝟒 Elakkan makanan yang merengsa perut jadi tidak selesa dan sakit seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng, berlemak pendek kata lebihkan makanan rebus² dan stim² je untuk pesakit gastrik khususnya. Bagi kita yang normal pun perlu berpada-pada dengan juadah berbuka dan sahur.
𝟓 Lewatkan sahur dan cepatkan berbuka seiring dengan amalan Rasulullah SAW yang mempunyai hikmah tersendiri. Elakkan juga tidur selepas sahur kerana ia akan mengganggu sistem penghadaman perut dan boleh menyebabkan pedih ulu hati.

𝟔 Ambil suplemen yang boleh bantu pesakit gastrik berpuasa dengan lebih baik dan bertenaga. Suplemen adalah makanan tambahan yang bantu menampung komposisi nutrisi yang tidak cukup dari pemakanan harian. Bagi pesakit gastrik yang banyak pantang larang dari segi makanan sangat² perlukan sokongan nutrien yang diperoleh daripada pengambilan suplemen/vitamin. 

Suplemen Terbaik untuk Pesakit Gastrik ketika Berpuasa

Kesan Shaklee pada Penghidap Gastrik ketika Berpuasa


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!





Follow me 👇





*PERHATIAN: Kepada yang mengalami masalah gastrik kronik, sila dapatkan khidmat nasihat doktor pakar dengan segera.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.