Tanda-tanda Slipped Disc dan cara Mengatasinya Tanpa Pembedahan

Tuesday, April 03, 2018 0 Comments A+ a-

Sakit belakang menyebabkan individu yang menghidapinya menjadi serba tidak kena sama ada duduk, berdiri, atau berjalan apatah lagi. Postur badan perlu diambil berat ketika kita duduk, berdiri, mengangkat barang, berjalan mahupun berbaring kerana ia memberi tekanan kepada tulang belakang. 

Slipped disc adalah salah satu punca yang menyebabkan sakit belakang dan apakah tanda-tanda selanjutnya serta cara merawat tanpa melakukan pembedahan.

Pengalaman suami eboo sendiri yang mengalami masalah slipped disc pada hujung tahun 2016 memberi impak yang besar pada kehidupan kami sekeluarga masa itu. Bermula dengan rasa sakit di bahagian belakang akibat daripada mengangkat perabot berat sebab pindah office. Faktor berat badan juga membuatkan sakit tulang belakang suami semakin teruk. Pada mulanya, berasa kebas-kebas dan sakit yang kerap berlaku apabila beliau aktif melakukan kerja ataupun banyak berjalan. Sampai satu tahap, langsung tak boleh bergerak dan perlu dikejarkan ke hospital.
Slipped Disc adalah penyakit yang melibatkan kerosakan/kecederaan pada cakera intervertebra (Intervertebral disc - bahagian disk/kusyen pelapik tulang belakang) yang mana kandungan di dalamnya (nucleus polposus) terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang. Mengikut bahas perubatannya, slipped disc disebut sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).

Disk tulang belakang terbahagi kepada dua (2) bahagian utama, iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus yang berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang dan bertindak sebagai penyerap tekanan bagi melancarkan pergerakan antara tulang. 

Slipped Disc berlaku apabila struktur Annulus fibrosus cedera/terkoyak menyebabkan Nucleus pulposus terkeluar dari kedudukan dan menghempit struktur saraf.

Sumber
3 Punca Utama Slipped Disc

(1) Pekerjaan - Kerja yang memerlukan lebih tenaga seperti angkat barang berat menyebabkan tekanan lebih kuat pada tulang belakang

(2) Obesiti - Tekanan yang diberikan kepada tulang belakang lebih tinggi bagi yang berbadan besar dan ini boleh menyebabkan kecedaraan/koyak pada cakera intervertebra 

(3) Genetik - Keturunan yang membawa genetik yang menyebabkan kemerosotan fungsi disc punca kepada masalah slipped disc itu sendiri


Majorirti yang mengalami masalah slipped disc adalah kaum lelaki yang berumur di antara 20 - 40 tahun yang kerap melakukan kerja buruh dan angkat bebanan berat. Kajian juga menunjukkan peratusan lebih tinggi kepada yang obes dan merokok. 

Selain daripada itu, faktor-faktor yang mungkin menjadi punca slipped disc:
  • Peningkatan usia - semakin usia meningkat, tulang belakang akan mengalami kekurangan air dan membuatkan tulangmenjadi kurang flesibel
  • Kesalahan postur badan
    • Tidur - Kedudukan bantal yang agak tinggi di bawah kepala, posisi menyusukan anak sambil pegang handphone
    • Duduk - memandu atau berada dalam kenderaan dalam tempoh yang lama serta
  • Cara mengambil barang yang jatuh sambil membongkok

Simptom Slipped Disc 
  • Sakit dan rasa kebas di 1 bahagian sisi badan
  • Rasa sakit dari tangan ke kaki
  • Kesakitan yang teruk pada waktu malam atau dengan pergerakan tertentu
  • Rasa sakit selepas berdiri atau duduk
  • Sakit apabila berjalan sikit
  • Otot berasa lemah tanpa sebab
  • Rasa kebas, sakit atau panas di bahagian yang terjejas
Kawasan yang akan terasa sakit

Komplikasi yang Berlaku
  • Sindrom Sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
  • Sindrom Cauda Equina (kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Kaedah Rawatan Perubatan

1) Pengambilan steroid - makan ubat atau suntikan bagi mengurangkan kesakitan dan menguatkan otot

2) Rawatan thermal - mengurangkan kesakitan

3) Fisioterapi - Senaman yang dijalankan bersama pakar physiotherapist

4) Pembedahan - Langkah terakhir sekiranya keadaan pesakit sudah tidak dapat dikawal


Langkah Pencegahan Atasi Masalah Slipped Disc

1) Posisi Duduk
  • Duduk dengan tegak jangan membongkok
  • Gunakan kerusi yang ada penyandar untuk sokong tulang belakang
  • Gunakan bantal kecil/lumbar roll untuk sokong bahagian belakang

2) Posisi Berdiri
  • Bila berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir-gilir, di atas bangku kecil yang rendah

3) Apabila Berjalan
  • Pakai kasut yang bertumit rendah

4) Posisi Baring
  • Guna tilam yang tegap, berspring yang khusus untuk menjaga tulang belakang
  • Kedudukan baring yang disarankan, mengiring dan melengkung tubuh ke hadapan, dengan bantal di antara dua lutut

5) Posisi Mengangkat Barang
  • Gunakan teknik angkat barang yang betul. Jika sedang berdiri, bengkokkan lutut dan duduk ala squat untuk ambil barang di atas lantai. Jangan bongkokkan pinggang


Ikhtiar Atasi Slipped Disc Tanpa Pembedahan

*Vivix* 

Mengandungi polifenol & resveratrol yang berfungsi untuk memperbaiki masalah dalaman sehingga ke peringkat sel DNA. Vivix juga berfungsi untuk membaiki keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko slipped disc. Selain itu, vivix sangat penting dalam membantu menyokong kesihatan sendi tulang dan kesihatan dalaman tubuh badan.


*Omega Guard*

Pengambilan asid lemak Omega-3 sangat diperlukan untuk membantu melindungi saraf daripada tercedera. Menurut kajian dalam Journal Of Neuroscience, Omega-3 dikatakan memainkan peranan yang penting dalam pemulihan kecederaan saraf.

Selain itu, Omega-3 berfungsi sebagai anti-inflamasi yang terbaik. Sangat sesuai untuk mengurangkan keradangan akibat sakit sendi, membantu melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan diantara sendi.


*Ostematrix*

Sumber kalsium dan magnesium. Magnesium memainkan peranan untuk mengurangkan ketegangan pada sisitem saraf dan gangguan sistem transmisi saraf. Magnesium juga mengelakkan daripada kekejangan otot pada tubuh kita .Manakala kalsium pula melengkapkan kembali kalsium dalam tulang yang telah hilang akibat diserap oleh badan sekaligus menguatkan tulang.


*B-Complex*

Mengawal stress dan melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat di dalam urat saraf yang menjadi punca kepada penyakit tersebut.



Apa Kata Mereka yang Ikhtiar dengan Vitamin Shaklee



Kita wajib berikhtiar selebihnya serahkan kepada Yang Maha Kuasa (bagi Islam) untuk memperoleh kesihatan yang lebih baik, InsyaAllah.

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇





*PERHATIAN: Jika anda mengalami tanda-tanda sakit belakang yang kronik, terus dapatkan rawatan di klinik/hospital dengan segera. Saranan yang dikongsikan hanyalah untuk langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengatasinya.

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.