10 Tips Kulit Cantik Luar dan Dalam secara Semulajadi

Thursday, February 15, 2018 0 Comments A+ a-

Jealous kan bila tengok kulit orang Korea yang gebu gabas tu 😍 Tak over make up pun nampak cantik. Orang Korea cantik sebab buat plastic surgery orang kata biasanya hihihi... Tidak dinafikan sebab masyarakat mereka memang sangat taksub dengan kecantikan. Realitinya, rata-rata kulit mereka memang cantik sebab faktor pemakanan yang diamalkan. Bagi kita di Malaysia, perlu bersyukur sebab kulit orang kita ni cantik sebenarnya. Minah Saleh pun suka kulit orang Malaysia. Be proud okeh! 😁 

Fokusnya adalah bagi wanita yang perlukan perubahan pada kulit atas sebab masalah jerawat, jeragat, pigmentasi, kulit kusam, kedutan atau garis-garis halus pada wajah. Bagaimana untuk dapatkan kulit cantik luar dan dalam secara semulajadi?

Kecantikan luaran dipengaruhi oleh faktor dalaman. Sebab itu, jika mengalami masalah kulit muka, cara pemakanan perlu jaga dan kenal pasti. 

Jom kita lihat 10 tips untuk kulit cantik luar dan dalam secara semulajadi.

1) Minum air yang mencukupi

Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air mineral adalah sumber air terbaik berbanding air paip yang dimasak. Kita biasa dinasihatkan untuk minum air secukupnya bagi mengelakkan badan terhidrat dan menyingkirkan bahan buangan dan toksin dengan lancar. Kulit juga akan lebih lembap dan mengelakkan daripada kulit kering, wajah kusam, pucat dan mencegah tanda-tanda penuaan.


2) Pengambilan antioksidan yang cukup

Pentingnya pemakanan yang tinggi antioksidan bagi melawan serangan radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kita lebih serius mengundang kepada kanser. Pengambilan antioksidan membantu mengoptimalkan penghasilan kolagen di dalam tubuh yang bermanfaat agar kulit sihat dan anjal. Makanan yang mengandung antidioksidan adalah seperti ikan, apple, sayuran bewarna gelap, kacang, teh hijau dan dark chocolate


3) Melakukan senaman dan berpeluh

Ramai di antara kita terutamanya mak-mak ni memang susah nak exercise kan? 😅 Sebenarnya bila kita keluarkan peluh, segala toksin yang terkumpul dalam tubuh akan dikeluarkan melalui peluh (salah satu agen perkumuhan). Secara tak langsung kulit akan jadi lebih sihat dan bersinar. Tak perlu hardcore exercise, cuma lakukan yang ringan-ringan seperti jogging, walking, swimming atau window shopping sambil kejar anak 😁 


4) Dapatkan tidur yang cukup dan elak tidur lambat

Rutin tidur lambat boleh beri kesan pada kulit. Sebabnya, proses pemulihan kulit berlaku sesama kita tidur. That's why ada night cream dan Radiance C+E yang dipakai pada waktu malam sebelum tidur. Bila kita dapat tidur yang mencukupi proses regenerate sel kulit dan sistem peredaran darah juga akan lancar. Pastikan tidur dalam keadaan gelap untuk dapatkan tidur yang berkualiti.


5) Kawalan emosi

Tahu tak, gerakan otot ketika marah lagi banyak daripada kita senyum? Biasakan dengar orang cakap 'Jangan marah-marah nanti cepat tua!'. Benar sekali penyataan itu. Kajian menunjukkan marah menggunakan sehingga 43 otot berbanding senyum hanya 17 otot sahaja digerakkan. Mak-mak khususnya perlu praktis untuk senyum lebih walaupun anak buat perangai 😂 Nak elak muka kedut-kedutkan. Yang anak dara pun perlu manis-maniskan muka selalu ye bagi mengelakkan muka nampak tua sebelum usia. 


6) Jauhi rokok dan alkohol


Walau apa kondisi pun sama ada sihat atau pun berpenyakit memang 2 benda ini perlu dielakkan kerana mengundang keburukan. Merokok boleh mengakibatkan kedutan di wajah walaupun masih muda, membuatkan kulit kendur dan juga nampak kusam dan tidak sihat. Manakala alkohol pula boleh menyebabkan kulit jadi merah, kusam dan berminyak. Selain itu, pengambilan alkohol boleh menyebabkan badan terhidrat dan kulit menjadi kering. Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk menyentuh kedua-duanya tidak mengira wanita mahupun lelaki.


7) Bersihkan muka daripada make up

Bagi anda yang suka ber'make up' pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur khususnya jika tidak jerawat akan tumbuh. Ini kerana, gabungan asap, debu, kotoran persekitaran yang melekat pada muka (yang ada make up) akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Muka yang bersih dan dirawat dengan night cream dan Radiance C+E dapat generate kulit yang lebih sihat dan bersinar.


8) Amalkan pakai sunblock

Malaysia telah mencatatkan indeks sinaran UV yang tinggi dan boleh menyebabkan kulit rosak jika sering terdedah pada cahaya matahari. lebih parah boleh menyebabkan kanser kulit. Sinaran UV bukan hanya dari matahari, dalam rumah pun kita boleh infected melalui lampu. Dinasihatkan untuk apply sunblock/day cream/moisturizer yang mempunyai SPF 50 seperti YOUTH® Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50. Jika rutin anda lebih berada di luar rumah, pastikan untuk apply sunblock ok!


9) Rajin buat masker

At list seminggu sekali boleh buat masker untuk kulit muka. Gunakan bahan-bahan semulajadi seperti putih telur, lemon, tomato, serbuk kulit kayu manis, timun dll.


10) Rutin mencuci muka

Sekali lagi ditegaskan untuk penjagaan muka dengan mencuci bersih-bersih terutama selepas balik dari kerja atau aktiviti di luar rumah. Ada segelintir yang tidak menitik beratkan pembersihan kulit muka. Cuci muka dengan sabun pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser 2 kali sehari (pagi & malam atau bila terasa kulit sangat berminyak) Elakkan memcuci muka dengan sabun lebih daripada 2 kali, kulit akan hilang kelembapan semulajadi. Sebagai umat Islam, kita akan mencuci extra 5 kali sehari dengan mengambil wuduk. Selain daripada itu, cucilah muka dengan air bersih supaya kulit muka sentiasa terhindar dari serangan kuman dan bakteria. 


Bagaimana Nak Cantik Luar Dalam dengan pengambilan Suplemen?

Look beautiful be youthful
Discover beauty from within

Kombinasi Vitamin Cantik Dalaman 

Konsultasi eksklusif untuk anda mengikut masalah dan keperluan suplemen yang penting untuk bantu menyelesaikan masalah kulit. 


Kombinasi Vitamin Cantik Luaran 

Cara penggunaan dan untuk kesan optimum mengenai YOUTH® akan dikongsikan khas untuk customer eboo sahaja. 

Bagaimana untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan menjadi orang terawal merasai keberkesanannya? Tempahan awal telah dibuka 🙌

Anda boleh dapatkan rangkaian produk YOUTH® khususnya bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah kulit yang anda hadapi serta cara pemakaian yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘 

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇





Artikel berkaitan: