Cara Atasi Hipertiroid Tanpa Pembedahan secara Semulajadi

Saturday, December 30, 2017 2 Comments A+ a-

Tiroid adalah suatu penyakit yang kerap menyerang wanita berbanding lelaki. Terfikir untuk berkongsi kerana baru terima khabar seorang sahabat mengalami penyakit hyperthyroid. Buat sementara ini, beliau hanya bergantung kepada ubat dan cuba untuk mengelak daripada terpaksa menjalani pembedahan. 

Adakah solusi untuk atasi penyakit ini sekaligus dapat mengelakkan ia menjadi serius dan terpaksa dibedah? InsyaAllah, kita perlu ikhtiar selebihnya atas kuasa Yang Maha Penyembuh. 

Tiroid adalah satu kelenjar endokrin yang berbentuk rama-rama terletak di bahagian depan leher. Kalenjar ini mengeluarkan hormon tiroksin (T4) dan triodotiromin (T3) yang berfungsi untuk mengawal metabolisme badan. 

Penyakit tiroid berlaku akibat daripada pengeluaran hormon tiroid yang TIDAK NORMAL sama ada terlalu banyak hormon tiroid terhasil dikenali sebagai hipertiroid (hyperthyroidism) ataupun sebaliknya terlalu sedikit pengeluaran hormon tiroid menyebabkan masalah hipotiroid (hypothyroidism). 

Fokus kupasan kali ini adalah untuk masalah hipertiroid (hyperthyroid/golter).

Punca Hipertiroid
Penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar tiroid adalah disebabkan Grave's DiseaseIa terjadi apabila sistem pertahanan semulajadi tubuh menghasilkan antibodi sehingga menyebabkan tiroid membesar dan kemudian menghasilkan terlalu banyak hormon thyroid melebihi keperluan tubuh.

Faktor keturunan juga boleh menjadi punca hipertiroid. 

Selain daripada itu, pembengkakan atau ketumbuhan kecil pada tiroid yang dikenali sebagai nodul tiroid juga punca kepada masalah hipertiroid.

Tanda-tanda Hipertiroid
  • Mata terbonjol (bulging eyes)
  • Bengkak di leher
  • Bengkak kaki, kejang otot
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, tangan terketar-ketar
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Sukar bernafas
  • Mood tidak menentu, cepat lemah dan letih 
  • Keguguran rambut
  • Merasa terlalu panas dan senang berpeluh
  • Penumpuan kurang
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
Kaedah Rawatan Hipertiroid
Pesakit hipertiroid akan diberi ubat antithyroid, yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah hormon yang dihasilkan oleh tiroid. Doktor juga mungkin memberikan pil yang dipanggil beta-blockers untuk mengurangkan masalah jantung berdebar (palpitation) atau tangan menggeletar (tremors). Satu lagi pilihan adalah iodin radioaktif, yang memusnahkan kelenjar tiroid yang terlebih. 

Pembedahan juga adalah alternatif kepada rawatan hiper ini jika ubat antithyroid tidak berfungsi atau jika terdapat goiter (kelenjar tiroid) yang besar. Jika tiroid dikeluarkan, kebanyakan pesakit memerlukan suplemen harian hormon tiroid untuk mengelakkan pula pembentukan hipotiroid.

Atasi Hipertiroid dengan bahan Semulajadi
Tubuh kita amat memerlukan keperluan nutrisi yang lengkap bagi mencegah atau melawan sebarang penyakit. Kita peroleh nutrisi daripada pemakanan yang sihat dan natural & pure supaya zat dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh. 

Dengan cara hidup masa kini agak sukar untuk kita dapat nutrien sepenuhnya daripada makanan. Solusinya adalah pengambilan suplemen. Shaklee merupakan suplemen yang terbukti selamat, berkesan dan terhasil dari khazanah alam semulajadi (bukan sintetik).

Bagaimana Shaklee dapat membantu masalah hipertiroid?

Merujuk kepada jurnal bertajuk "Resveratrol and its impact on aging and thyroid function" menyatakan hubung kait antara resveratrol dan tiroid.

Dengan itu, alternatif terbaik adalah dengan pengambilan Vivix yang dapat membantu meningkatkan tenaga, melindungi dan memperbaiki sel serta membantu melawan radikal bebas. Kajian menunjukkan pesakit hipertiroid mempunyai tahap antioksidan yang rendah.
  • ESP - Membantu menghalang pengeluaran hormon tiroid, mengurangkan paras hormon tiroid
  • B complexMemperbaiki sistem imun dan kelenjar tiroid
  • Ostematrix - Hipertiroid dikaitkan dengan pengeluaran kalsium dan fosforus melalui air kencing/najis menyebabkan pesakit kehilangan mineral tulang. Bantu mengelakkan pesakit hipertiroid terdedah kepada masalah osteoporosis.
  • Vitamin C - Menyokong sistem imun kepada pesakit hipertiroid
  • Omega Guard - Mengurangkan bengkak goiter dan keradangan yang berlaku pada tiroid tu
  • GLA Complex - Menstabilkan hormon

Testimoni Pengambilan Suplimen Shaklee untuk Masalah Hipertiroid

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Mohamad Isa Bin Shafii merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang comel dan baru mendapat cahaya mata pertama pada bulan September 2016. Saya mula kenal Shaklee pada awal tahun 2016 untuk ikhtiar hamil. Alhamdulillah sebulan selepas ikhtiar saya dikurniakan zuriat. Selepas itu terus amalkan fullset berpantang Shaklee semasa wife bersalin dan terus menjadi sebahagian dari ahli Shaklee..
Mula dari situ saya yakin dengan Shaklee dan akan terus berkongsi kebaikan yang ada pada Shaklee untuk orang ramai. Bagi saya,  Sihat itu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Duit boleh dicari tapi sihat tak boleh dicari di pasar malam. Oleh itu, kali ni saya nak kongsikan pengalaman sebenar saya dan isteri semasa amalkan suplimen Shaklee dan ini dan sembuh dari tiroid ..
Pada 4 bulan lepas, masa anak saya Harraz dah berumur 7 bulan. Saya seperti biasa akan membawanya ke klinik untuk check up. Selepas settle semua hal Harraz. Saya minta wife cekkan berat badannya..
Sangat terkejut bila beratnya sangat turun dengan mendadak sampai masa tu dah jadi 30kg beratnya. Allahu, sungguh kurus! Sebelum tu hampir 40kg..
Masa tu saya tak peduli sangat pasal berat badan sebab time tu Harraz memang menyusu dada sepenuhnya. Lagi pun memandangkan wife saya seorang yang kecik molek comel cute gitu dan masa tu juga wife amalkan pil perancang keluarga. Mungkin sebab tu kot wife saya jadi kurus. Jadi saya acuh tak acuh tentang penurunan berat..
Lama selepas tu, wife dah mula jadi selalu menggigil dan berdebar dengan kuat bila lewat makan. Tekanan darah memang cepat naik. Jantung pula pam terlalu laju. Time tu memang risau sangat sangat..
Dan ada satu masa wife saya tiba tiba pengsan dan terus di bawa ke klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan. Selepas siap pemeriksaan barulah saya tahu yang wife dah hidap TIROID. Tiroid ni ada 2 jenis, wife saya kena yang HYPERTIROID. Hypertiroid ni masalah hormon yang berlebihan dan terlalu aktif..
Lepas je dapat tahu, terus google dan tanya kawan kawan macam mana nak stabilkan hormon untuk kembali normal tiroid tu.Semua cadangkan untuk amalkan Set Hypertiroid Shaklee. Dan saya terus belikan suplimen Shaklee iaitu Vivix, Esp, B complex, Ostematrix dan Vitamin C. Wife amalkan set ni sehingga sebulan dan pada masa yang sama ubat tiroid yang dibekalkan oleh klinik juga di amalkan..
Selepas sebulan wife datang ke klinik untuk pemeriksaan susulan lagi dan alhamdulillah hormon tiroid kembali normal. Syukur sangat time tu tapi bengkak goiter pada leher masih tak surut. Ah sudah, saya pulak yang gelabah..
Saya terus tanya kawan yang lain dan mereka cadangkan tambah Omega Guard untuk mengurangkan bengkak goiter dan keradangan yang berlaku pada tiroid tu..
Dan check up bulan ke 2 pun masih dapat result yang sama, hormon sudah tak ada masalah cuma bengkak masih lagi tak surut dan berat wife juga makin menurun dah jadi 28kg. Disebabkan hormon tiroid dah kembali normal, dos untuk tiroid juga dikurangkan..
Haa sudah, makin risau pula saya. Buntu pula saya dibuatnya. Time tu terus saya teringat pada seorang sideline dan juga doktor. Terus saya hubungi dia dan tanya cara untuk hilangkan bengkak goister tu. Pada masa tu saya ada inform dia yang wife ada ambil pil perancang untuk elak dari pregnant sebab risau bila pregnant akan menjejaskan baby dalam kandungan pula. Bila dia tahu yang wife ada ambil pil perancang terus dia suruh STOP! sebab sebenarnya pil tu yang telah ganggu hormon tiroid..
Masa tu jugaklah saya sorokkan pil tu dan tak bagi wife makan lagi. Pada masa tu juga saya belikan GLA untuk wife supaya hormonnya kembali stabil. So wife amalkan fullset hypertiroid Shaklee ni..
Dalam masa sebulan wife amalkan set ni serta tak pernah skip ubat klinik dan juga tanpa pil perancang. Alhamdulillah berat wife naik semula sebanyak 5KG dan bengkak terus hilang! Syukur sangat sangat. Sekarang pun berat semakin naik. Makan pula semakin selera. Tekanan darah dah normal dan rasa berdebar dan menggigil juga semakin hilang! Time raya haritu cek lagi beratnya, naik lagi 2KG. 😁.
Saya bersyukur sangat bila melihat wife semakin sihat. Pipi pun dah semakin bambam hehehe. Harap dapat terus naik beratnya sampai bmi yang normal. Aminn..
So,  ini lah #shakleeeffect dari wife saya. Jangan lupa amalkan Suplimen Shaklee untuk lebih sihat . Yakin dengan Shaklee yang sentiasa SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Terima Kasih 😉


Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.
Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.
Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.
Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.
Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.
Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.
Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju… Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.
Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.
Saya terus ambil megadose Vivix NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.
Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.
Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.
Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, OstematrixESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil. Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya dan bantu kukuhkan balik sistem imun saya.
Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?
Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.
Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.
Sumber: SUPERMOM SHAKLEE STORY 


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!


Follow me 👇




*PERHATIAN: Rawatan dari pakar perubatan dan pengambilan ubat perlu diteruskan setelah di diagnos mempunyai masalah hipertiroid. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

2 review

Write review
Anonymous
AUTHOR
31 December 2017 at 14:13 delete

Information yang berguna...
https://shazaidintaurus.blogspot.my/2017/12/paksa-simpan-duit-insyaallah-menjadi.html?m=1

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
4 January 2018 at 17:47 delete

Terima kasih ziarah tuan Syazaidin.

Reply
avatar