Cara Rawat Batuk & Selsema Anak secara Semulajadi

Monday, November 06, 2017 0 Comments A+ a-

Selaku ibu bapa, kita sangat prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Pantang ada yang bersin, hidung berair, batuk ngokol dengan nafas berbunyi mesti tak senang hati jadinya. Kalau anak sorang bolehlah kita nak tumpu pada dia sahaja. Macamana kalau anak ramai? Pasti berjangkit-jangkit jadinya batuk selsema masing-masing kan 😂

Kebiasannya bila anak mula batuk/selsema, kita akan segera ke farmasi atau ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Ini kerana bagi mengelakkan keadaan si anak menjadi semakin serius sehingga menyebabkan masalah jangkitan paru-paru yang serius seperti bronchitis, pneumonia atau asma.

Tapi tahukah anda, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia serta FDA (Food Drugs Administration) di Amerika Syarikat, kanak-kanak di bawah 2 tahun tidak dibenarkan ambil ubat batuk/selsema kerana kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum secara tidak langsung boleh mengakibatkan dehidrasi. Kandungan ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh membuat pernafasan bayi/kanak-kanak diperlahankan. Lebih parah jika overdose boleh menyebabkan komplikasi lain seperti berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Punca Batuk Selsema

Batuk dan selsema adalah disebabkan oleh jangkitan virus (Rhinovirus dan Coronavirus yang kerap serang). Jangkitan kebiasaannya di saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. 

Selain daripada itu, faktor cuaca yang tak menentu (panas, hujan, jerebu) serta persekitaran daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan merangsa alahan pada kanak-kanak.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Elakkan anak-anak terdedah di kawasan yang terbuka dan ramai orang kerana risiko untuk dapat jangkitan virus lebih tinggi.

Cara Rawat Batuk Selsema secara Semulajadi

1) Rehat yang cukup

Anak-anak perlukan rehat yang cukup untuk lebih bertenaga melawan jangkitan. Kajian juga menunjukkan bahawa tekanan boleh menyebabkan keadaan si anak lebih teruk. Dengan itu, mereka sangat-sangat perlukan rehat yang sempurna. 

Mereka perlukan ruang rehat yang bersih dan punya pengudaraan yang baik. Berikan aktiviti-aktiviti seperti mewarna, melukis dan menonton rancangan kegemaran.


2) Tepuk Percussion

Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung berbentuk cup.




Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. Eboo kongsikan cara percussion lanjut di sini.
3) Steam/Wap

Gunakan humidifier atau cool-mist vaporizer di dalam bilik si anak ketika sedang tidur/berehat. 

Petua yang disyorkan dengan menggunakan bawang putih dan minyak zaitun.
  • 2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit kemudian lenyekkan 
  • Masukkan sedikit minyak zaitun
  • Tambahkan air panas dalam besen/baldi
  • Napkin nipis (perlu berhati-hati bimbang anak tidak boleh bernafas dengan baik)
Riba anak dan halakan muka anak ke permukaan wap kemudian tepuk  belakang anak dengan teknik percussion untuk tujuan mencairkan kahak.

AWAS YE! Perlu berhati-hati. Penggunaan wap air panas dalam besen/baldi boleh menyebabkan luka bakar yang teruk (severe burns). 

4) Mandi/Sauna

Mandian air suam (tidak terlalu panas/sejuk) juga dapat meredakan ketidakselesaan. Jika bukan waktu mandi, buat kaedah steaming di dalam bilik air. Caranya, buka air panas di dalam bilik air pada kadar paling maksimum. Kemudian, tutup pintu bilik air selama lebih kurang 5–10 minit untuk membiarkan keseluruhan bilik air berwap seperti bilik sauna.


Selepas itu, anda dan juga anak masuk dan duduk di dalam bilik air yang telah berwap tadi selama lebih kurang 15 minit. Apabila kahak dan hingus anak mulai cair dan keluar melalui hidung, sedut dengan menggunakan penyedut hingus sehingga habis.
5) Sup Tulang Ayam (Chicken Broth Soup)
Sup Tulang Ayam (Chicken Broth Soup) sangat sesuai diberikan kepada anak ketika anak tidak sihat. Lebihkan bawang putih, halia dan juga masukkan bahan-bahan tambahan seperti Habbatussauda’, VCO dan juga Extra Virgin Olive Oils untuk menjadikan sup tersebut lebih berkhasiat. Ia merupakan menu yang sarat dengan bahan-bahan berkhasiat serta bersifat antibakteria, antivirus, anti inflammatori dan ianya dapat menguatkan sistem imun anak.

Bagi anak-anak yang masih menyusu, Ibu yang perlu amalkan pemakanan yang berkhasiat seperti sup tulang ayam. Selain itu, pengambilan suplemen/vitamin terbaik adalah perlu untuk hasilkan susu yang lebih berkualiti dengan kecukupan keperluan nutrien serta dapat meningkatkan sistem imun si anak. Ibu boleh amalkan Set Menyusu Shaklee.
6) Kunyit
Kunyit juga merupakan antibiotik semulajadi. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan di batang hidung dan dahi anak. InshaAllah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

7) Garlic Socks

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stoking anak.


AWAS YE! Perlu berhati-hati bimbang kulit anak mengalami alergik.

8) Mandian Lemon
Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam tub mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya menenangkan.

9) Sapuan Minyak bawang putih / Habbatus Sauda

Kaedah seperti wap tadi tapi tidak perlukan air. Bakar bawang putih dan campurkan dengan minyak masak/minyak zaitun/minyak telon kemudian sapukan pada dada anak bagi melegakan pernafasan.

Selain itu, boleh juga gunakan habbatus sauda dengan menggorengnya tanpa minyak. Campurkan dengan minyak zaitun dan sapu pada dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan pernafasan mereka.


10) Petua Tradisional 

Berikut adalah resepi-resepi tradisional bagi melegakan batuk dan selsema anak yang sudah boleh makan makanan pejal (2 tahun ke atas).


Bunga Belimbing dan Air Beras - Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.
Daun Basil, Oregano & Sireh - Perahkan ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Beri anak minum sedikit.
Lemon, Halia & MaduPerahkan lemon, hiris sedikit halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalam di dalam peti ais. 

Rawat Batuk Selsema Anak dengan Shaklee

Saranan yang lebih mudah dan cepat untuk melegakan batuk selsema anak adalah ikhtiar dengan pengambilan suplemen Shaklee.

Bagaimana Shaklee boleh membantu?

Nutriferon
  • Melindungi dari serangan virus Influenza penyebab selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selsema (Influenza), alergi dan inflamasi 
  • Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan faktor persekitaran tercemar
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap berkunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara
  • Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu

Omega Guard
  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
  • Dapat merawat penyakit eczema dari dalam, biasanya ibu-ibu ambil alternatif utk menyapu ubat luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali. Dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar

Meal Shakes
  • Merupakan suplemen dalam bentuk serbuk yang rendah lemak dan rendah indeks glisemik (low glycemic index)
  • Rasa vanilla yang enak boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. TIADA pewarna tiruan dan gula tiruan
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
  • Sesuai untuk anak yang berusia 1 tahun ke atas. Boleh dicampurkan dalam susu atau minuman kegemaran (jus/yogurt drink), nestum & puree

Vitalea for Kids
  • Merupakan multivitamin yang lengkap dengan bekalan 18 vitamin & mineral yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan anak-anak
  • Sangat disyorkan bagi anak-anak yang tak suka makan sayur & buah2an
  • Dicipta berdasarkan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun dan bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik terbaik di dunia. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas
  • Rumusan tidak merosakkan gigi kerana menggunakan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti. TIADA perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
  • Berperisa anggur yang enak dan sedap dikunyah 
Semestinya kita sebagai ibu/bapa mahukan yang terbaik untuk si anak. Cara/petua yang diberikan adalah rawatan alternatif yang mana mungkin berkesan atau tidak pada anak-anak kita. Kita boleh berikhtiar tapi jangan diabaikan untuk dapatkan konsultasi daripada pakar perubatan.

Cara untuk Dapatkan Set Kanak-kanak Shaklee

Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum ðŸ˜˜

HUBUNGI EBOO SEKARANG!
Klik 👉 http://shakleepandanindah.wasap.my

Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu bapa, sila dapatkan konsultasi doktor jika anak anda alami batuk selsema yang berpanjangan. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.