Kenapa Pilih SHAKLEE?

Monday, February 13, 2017 0 Comments A+ a-


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap keputusan yang kita buat dalam hidup perlu ada sebab. Asbab utama perlulah ke arah kebaikan dan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Setiap yang percaya kepada adanya agama (tidak tertakhluk kepada Islam sahaja) pasti berkehendak kehidupan yang sebaik-baiknya di dunia ini. 

Okeh...

Hari ini Kak Ani nak share KENAPA PILIH SHAKLEE? Ada 2 asbab utama berdasarkan pengalaman & pemerhatian Kak Ani sendiri:

1) Suplemen


Dalam pengambilan pemakanan tambahan, Kak Ani memang ragu-ragu sangat dulu. KENAPA?
Sebab Kak Ani ada masalah irregular periods (period yang tidak tetap) & suspected PCOS (Polystic Ovary Syndrome). Kesan daripada PCOS yang paling Kak Ani susah hati dulu adalah sukar untuk hamil.

Yes, this is why I don't give a damn to any supplement intake.

Kak Ani takut nak masukkan sebarang pil/kapsul/serbuk/cecair yang merata di pasaran ni dalam badan. Terasa macam sebijik pil yang kecil tu boleh kacau my whole body system. Even Panadol pun Kak Ani elak selagi boleh. 

Setelah berkahwin pada tahun 2008, Kak Ani tidak serta merta timang cahaya mata. Ini menguatkan lagi ketakutan Kak Ani adanya PCOS yang menyebabkan sukar untuk hamil. Tapi Allah Maha Mendengar, Alhamdulillah Kak Ani disahkan hamil setelah 8 bulan berkahwin. Pada masa itu, Kak Ani memang tiada ambil sebarang suplemen sampailah tempoh melahirkan. Setelah anak sulung Kak Ani dilahirkan pada tahun 2010, Kak Ani langsung tak ambil apa2 suplemen juga sehingga waktu berpantang pun Kak Ani tak makan apa2 jamu sebab anak kene demam kuning yang berpanjangan (prolonged jaundice). Sampailah suatu ketika masa tu penghasilan susu Kak Ani merudum. Dari situlah seorang sahabat Kak Ani berkongsi & syorkan consume Shaklee. Pada mulanya Kak Ani terima suplemen dan mula ambil tahu dengan lebih lanjut. Pendek kata tersangatlah lama untuk Kak Ani nak bina kepercayaan dan keyakinan terhadap makanan tambahan ni.

Alhamdulillah, kesan pengambilan, hasil permbacaan, rujukan, selidik, perkongsian, pengalaman dari yang lain2, SHAKLEE effect bukan biasa2.

2) Bisnes Online 

Dalam banyak2 bisnes, practically sistem yang digunakan dalam Shaklee mudah dan mesra pelanggan. Kecenderungan Kak Ani untuk berkongsi kebaikan suplemen Shaklee kepada semua adalah suatu tanggungjawab untuk sama2 dapat manfaat dan boleh menjana income secara progresif. 

Zaman sekarang, semua orang boleh berniaga. Semua orang mampu menjana pendapatan dimana-mana sahaja dengan adanya kemudahan2 teknologi yang hebat. Tak perlu nak up-to-date sangat sampai nak kene ada iphone, mac, note etc :D Cukuplah ada smartphone tak kisah cap apa dan internet. 

Di dalam Shaklee, Kak Ani tidak mahu emphasise perkataan MLM itu walaupun Shaklee memang perniagaan MLM. MLM memberikan suatu fahaman/pemikiran yang agak negatif dikalangan kita dari dulu sampailah sekarang. Ini kerana terlalu banyak unsur2 yang tidak baik dan boleh membawa padah kepada institusi kewangan seseorang. Sebab itu Kak Ani lebih suka kongsikan kebaikan menjana pendapatan dengan Shaklee ni lebih telus, lebih produktif dan lebih bermaruah

Kenapa Kak Ani taip macam tu, lihat gambarajah di bawah:


Sahabat2 & saudara2 yang bersama2 membangunkan empayar Shaklee sangat supportive dan tidak kedekut ilmu. Masing2 berlumba2 untuk bantu antara 1 sama lain. Betulkan nawaitu kita dan didik jiwa supaya nampak lebih kebaikan berbanding keburukan. 

Fokus kita dalam perniagaan bukan semata-mata untung, tetapi faedah yang diperoleh daripada suplemen Shaklee. Setiap perniagaan perlu dibekalkan semangat kental dan kebergantungan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pemberi. Secara tak langsung, jiwa kita akan lebih kuat dan dekat padaNya. Hubungan kita dengan Sang Pencipta tiada jurangnya kerana hanya DIA sahaja hajat kita diperkenankan. Jom periksa semula apakah tujuan kita hidup di dunia ini.

Tiada yang akhir dalam proses memajukan diri, setiap yang kita lakukan adalah titik permulaan.
Dengan itu, jika ada sebarang perkongsian dan pertanyaan, boleh hubungi kak Ani seperti berikut: