7 Komplikasi Penyakit yang Berisiko Tinggi semasa Hamil

Friday, January 12, 2018 0 Comments A+ a-

Sebagai wanita, kita tidak akan terkecuali daripada menjadi seorang ibu dan itu adalah impian semua wanita. Perjalanan yang perlu dilalui oleh seorang wanita itu agak mencabar di mana perlu menempuh beberapa fasa sebelum melahirkan seorang anak ke dunia ini. 

Berdasarkan pengalaman sendiri dan kisah ibu lain, kami terpaksa mengharungi beberapa keadaan yang agak sulit dan boleh mendatangkan kemudaratan jika tiada jalan penyelesaian kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak. 

Di sini eboo kongsikan 7 komplikasi yang sering berlaku kepada ibu hamil dan berisiko tinggi.

1) Anemia
Masalah anemia iaitu kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk angkut oksigen ke seluruh tubuh ibu hamil sering berlaku. Ia disebabkan oleh kekurangan mineral zat besi (iron) pada tubuh. Wanita normal (sebelum hamil) hanya perlukan 15mg zat besi sehari. Tetapi bagi ibu hamil, sebanyak 30mg diperlukan setiap hari.


Ibu hamil yang mengalami anemia akan nampak pucat, cepat penat, rasa lemah dan letih, sakit kepala dan nafsu makan berkurang. Jika melalui pemeriksaan di klinik kesihatan, pemeriksaan tahap hemoglobin berada di bawah 11.0 gm/dl menunjukkan anda mempunyai masalah anemia.


2) Kencing Manis (Gestational Diabetes Mellitus - GDM)

Penyakit kencing manis semasa hamil dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM). Biasanya GDM berlaku hanya semasa hamil sahaja dan tiada selepas melahirkan. Kondisi di mana kandungan gula dalam darah meningkat. 

GDM akan berlaku apabila badan (pankreas) tidak boleh menghasilkan hormon insulin secukupnya untuk mengawal kadar gula dalam darah. Apabila insulin kurang, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan untuk sumber tenaga dan menyebabkan ia berkumpul sahaja di dalam darah secara berlebihan. 



3) Tekanan darah tinggi (Hypertension)
Penyakit darah tinggi juga merupakan salah satu penyakit yang kerap dihidapi oleh wanita semasa hamil. Kebiasaannya, dapat dikesan apabila kandungan menginjak ke minggu ke-20 kehamilan (4 bulan) dan ke atas. Ia berlaku disebabkan oleh tekanan yang wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang secara normal. 

Tekanan darah tinggi biasanya didiagnos apabila bacaan melebihi 140/90mmHg. Bacaan tekanan darah yang normal adalah:
  • Wanita normal 120/70mmHg
  • Wanita hamil 110/55mmHg


4) Intrauterine Growth Restriction (IUGR)
Bayi yang didiagnos dengan masalah IUGR ini adalah keadaan dimana saiz bayi dalam rahim adalah kecil berbanding yang sepatutnya jika mengikut tempoh kandungan. Bahasa mudahnya adalah pertumbuhan janin yang terencat. 

Bayi yang ada masalah IUGR, beratnya kurang daripada 90 peratus berbanding janin lain yang sama usia kehamilannya, dan ada kemungkinan bayi akan lahir pramatang, iaitu sebelum 37 minggu.

Masalah ini biasanya berpunca daripada plasenta ibu yang mana tisu yang menghubungkan si ibu dan janin berfungsi untuk menyalurkan nutrien dan oksigen serta pembuangan janin tidak normal. Ini akan menyebabkan oksigen dan nutrisi tidak dapat diserap oleh janin dengan baik untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan. 


5) Pra-eklampsia
Pra-eklampsia (pre-eclampsia) adalah suatu keadaan di mana ibu hamil akan mengalami tekanan darah tinggi yang melebihi bacaan 140/90mmHg, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan berat badan naik mendadak akibat daripada pengumpulan air dalam badan dan terdapat protein di dalam air kencing. 

Punca sebenar pra-eklampsia masih tidak diketahui tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia berpunca daripada plasenta yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan bekalan darah tidak mencukupi ke plasenta, maka hormon/bahan kimia tertentu dirembeskan sehingga terdedah kepada si ibu. Akibatnya, endothelium (lapisan saluran darah) rosak, terdapat perubahan dalam metabolisme dan keradangan berlaku. 



6) Placenta Previa (Masalah Uri di Bawah)
Istilah yang biasa digunakan adalah masalah uri (plasenta) berada di bahagian bawah. Jika usia kandungan sudah mencecah 20 minggu (4 bulan) dan kedudukan uri masih rendah di dalam rahim (uterus), ia dipanggil placenta previa

Apabila uri di bahagian bawah ini akan mengakibatkan pendarahan yang berlebihan kerana uri menutupi leher rahim. Ini boleh mengundang bahaya kepada nyawa ibu dan anak akibat pendarahan teruk (haemorrhage) jika tidak dirawat. Kebiasaanya, ibu hamil yang mengalami masalah ini perlu melahirkan secara pembedahan (cesarean).


7) Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)
Kehamilan yang berlaku di luar rahim di mana kebiasaannya persenyawaan terjadi dalam tiub falopio (tubal pregnancy). Apabila kehamilan berkembang, ia akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Ini boleh mengancam nyawa si ibu. 

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenal pasti di antara minggu ke-4 dan ke-10. Masalah ini lebih sering terjadi pada wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan, endometriosis, penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease-PID), menjalani pembedahan cesarean dan menggunakan IUD (intrauterine device). Umur yang lanjut juga meningkatkan risiko hamil luar rahim ini. 


Keadaan seorang ibu yang hamil tidak sama dengan wanita yang normal. Mereka mengalami macam-macam perubahan yang melibatkan fizikal dan juga emosi. Oleh sebab itulah perlukan jagaan dan pemerhatian yang lebih bagi mengelakkan sebarang komplikasi berlaku. Pemakanan dan gaya hidup juga perlu diberi perhatian lanjut. Amalan pemakanan yang sihat serta pengambilan suplemen juga dapat memberikan tahap kesihatan ibu dan anak yang dikandung lebih baik di sepanjang tempoh kehamilan, selepas melahirkan (pantang) dan juga menyusukan anak


Testimoni ibu yang mengamalkan Shaklee sepanjang tempoh kehamilan





Jika anda perlukan bantuan berkenaan suplemen yang terbaik untuk ibu hamil, boleh dapatkan dengan eboo bersama konsultasi khas untuk anda mengikut keperluan dan masalah yang dihadapi. 
HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇👇👇