Jana Pendapatan Lumayan sebagai Ahli Shaklee

Thursday, December 21, 2017 0 Comments A+ a-

Terlalu banyak bisnes yang macam cendawan tumbuh merata lepas hujan turun tapi kenapa bisnes Shaklee yang menjadi pilihan dan taruhan? 

Boleh ke jana pendapatan lumayan dengan Shaklee?

Boleh ke saya nak join bisnes Shaklee tapi tiada modal yang besar?

Boleh ke jadikan bisnes Shaklee sebagai sumber pendapatan?

Boleh ke buat bisnes Shaklee sedangkan telah terlalu ramai Shaklee Independent Distributor (SID)?

Jawapannya...

Bagaimana nak lakukannya? Mudah!

Anda perlu:

  • Ada internet
  • Ada desktop/laptop/smartphone
  • Daftar keahlian Shaklee serendah RM80 (Semenanjung)/RM90 (Sabah & Sarawak) sahaja
  • Ada semangat jati diri untuk berjaya
  • Ikut Cakap Upline (ICU)
  • Serius dalam melaksanakan bisnes


Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang setimpal dengan kejayaan yang diimpikan.

Apakah Shaklee?

Shaklee bermula 100 tahun lebih yang lepas (1915) dimana Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta 'Vitalized Minerals', iaitu merupakan multi vitamin pertama di dunia.

SHAKLEE CORPORATION telah ditubuhkan pada tahun 1956 yang merupakan syarikat jualan langsung (MLM) pertama di dunia dan telah berusian 62 tahun di dunia serta 30 tahun di Malaysia (dikira dari tahun 2018)

Shaklee merupakan syarikat suplemen semulajadi nombor 1 di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Syarikat Shaklee juga telah disenaraikan di dalam Fortune 500 pada tahun 1982. Selain itu, ianya telah melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk mereka Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

Sedikit sejarah mengenai Dr. Forrest C. Shaklee di dalam artikel Sinar Harian 28 November 2017: Shaklee Ilham daripada Pesakit TB, Kanser

Apa yang uniknya Bisnes Shaklee?

Produk Shaklee dijamin apabila hampir 300 juta USD telah dibelanjakan untuk Research & Development (R&D) setiap produk bagi menepati slogannya: 
Selamat (Safe), Berkesan (Effective) dan Terbukti (Proven)
A) Safe. Suplemen Shaklee adalah 100% SELAMAT

  • Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada 350 bahan pencemar, pestisid dan kekotoran. Selain itu, Shaklee juga melakukan ujian daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
    • 193 ujian racun perosak
    • 73 ujian racun tumbuhan
    • 56 ujian racun kulat
    • 57 ujian pelarut kimia dan heavy metals
  • Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  • Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
    • 23,000 ujian ketulenan dan keselamatan
    • 80,000 ujian potensi dan kualiti
  • Semua produk Shaklee tidak mengandungi bahan perasa tiruan, pemanis atau pengawet tambahan.
  • Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten, di mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap gluten. Dengan produk bebas gluten, anda akan memperoleh kesihatan penghadaman lebih baik.
  • Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP). IPP adalah kaedah paling berkesan untuk memastikan produk Shaklee adalah kekal Non-GMO daripada proses penanaman biji benih hingga proses pengeluaran.
  • Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi. Semua produk Get Clean Shaklee adalah biodegradable di mana ia tidak mengandungi fosfat, nitrik dan borat.
  • Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.

B) Effective. Suplemen Shaklee EFEKTIF melalui Landmark Study
  • Landmark Study Shaklee adalah kajian penggunaan Shaklee dalam jangka masa panjang pengambilan yang mana menunjukkan pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.
  • Landmark study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis suplemen.
  • Landmark study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007.

C) Proven. Suplemen Shaklee punya BUKTI kukuh
  • Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna suplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik berbanding 2 kumpulan ujian yang lain.
  • Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa suplemen (yang masih sihat).
  • Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  • Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada suplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.

Apa yang bestnya Bisnes Shaklee?

Online 24 hours, anytime, anywhere
Kedai boleh dibuka 24 jam sehari dimana setiap urus niaga yang dijalankan hanya menerusi online mostly pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Anda boleh setkan tempoh masa untuk setiap tindakan/urusan, fleksibel mengikut kepentingan. Shaklee mempunyai sistem khas untuk urusan pembelian di atas talian (online). Penghantaran akan dihantar terus ke pada pelanggan tanpa anda sendiri perlu ke pejabat pos. 


Halimunan
Melalui teknik tertentu, anda boleh peroleh sales from nowhere, yang mana sales boleh masuk walaupun anda tiada depan pc/laptop (hanya menerusi smartphone) ataupun berada di luar negara. Ye, betul. Ramai yang dah buktikan sales masuk walaupun jasad tiada di Malaysia. 


Targeting Market
Bisnes Shaklee tiada sempadan yang mana targeted customer sangat luas bukan sahaja di Malaysia, malah boleh merangkumi Brunei, Singapore dan lain-lain negara lagi. It's a well-known product. Kita boleh mulakan dengan berkongsi bersama keluarga dan rakan-rakan, seterusnya lebarkan capaian customer di luar kelompok yang dikenali melalui media sosial. Zaman serba moden dengan teknologi terkini memang mudah, seperti facebookinstagram, blog, whatsapp, twitter, google dll.


Coaching Session
Tak perlu susah hati untuk bermula kerana bisnes Shaklee bergerak dalam kumpulan yang besar dan berpengaruh. Jangan gusar tak sempat nak join/hadiri kelas-kelas marketing kerana group eboo tersedia dengan segala macam kelas secara online sahaja (pasal produk, marketing strategy, motivasi, santapan rohani pun ada). Leader-leader kami jenis berpapah sama-sama untuk bimbing menjana income yang lumayan bukan hanya goyang kaki. Siap turun padang untuk coaching anak, cucu, cicit, cucut yang serius untuk berjaya.


Bisnes Partner
Shaklee adalah MLM yang mana bergerak dalam kumpulan. Sales yang terkumpul akan memberi manfaat kepada semua yang berusaha untuk cukupkan sales dalam sebulan. Macam yang eboo tekan bahawa Shaklee bukan perniagaan yang berat sebelah. Downline berkemungkinan boleh mendapat lebih banyak pendapatan berbanding Upline mereka bergantung kepada usaha masing-masing. Selain daripada itu, ia memudahkan penghantaran produk Shaklee ke mana-mana mengikut kawasan jajahan COD (cash on delivery) masing-masing.


Jihad & Saham Akhirat
Melalui perniagaan yang tidak melanggar syarak, jihad untuk ekonomi keluarga dan masyarakat sejagat mampu memberi seribu manfaat dan kepuasan dalam kelangsungan hidup. Dengan bisnes Shaklee, anda mampu membantu mereka yang berikhtiar sungguh-sungguh untuk sihat, beri harapan untuk yang sakit dapat kesembuhan dengan kehendak Yang Kuasa, mereka yang perlukan pendapatan langsung ataupun tak langsung tanpa ada perasaan was-was. Ini adalah kerana Shaklee merupakan makanan tambahan (supplement) yang diyakini Halal, Selamat, Semulajadi & Mesra Alam serta Terbukti Berkesan. Jika anda mencari bisnes yang diyakini, yang dapat memberi kepuasan yang nyata (tangible) dan yang tidak dapat digambarkan (intangible), Shaklee mampu untuk merealisasikannya, InsyaAllah 💓

Hasil pendapatan masa depan ditentukan oleh tindakan kita hari ini. 
Jom gerak!

Berminat untuk sertai Eboo dengan bisnes Shaklee?