Cara Menangani Anak Hiperaktif (ADHD) di Rumah

Friday, December 15, 2017 0 Comments A+ a-

Anak terlalu lasak tak reti duduk diam, terlalu aktif, tak dengar kata, nakal sangat sehingga membuat ibu ayah hilang sabar dengan karenah anak sebegini. 

Adakah anda mempunyai anak dengan punyai sikap begitu?

Kebiasaannya, sebagai ibu bapa akan beranggapan fitrah seorang kanak-kanak yang macam-macam perangainya dan akan berubah seiring peningkatan usia mereka tanpa mengambil sebarang tindakan susulan.

Tetapi, tahukah anda, disebalik perangai yang sukar dikawal (nakal) ini berkemungkinan besar ia menjurus kepada suatu masalah serius yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan.

ADHD! Apa tu?
ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) merupakan gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.

FAKTA 1: Menurut satu kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD.

Menurut Dr. Subash Kumar Pillai selaku Perunding Psikiatrik Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), simptom ADHD sukar dikesan dan tidak mudah didiagnosis kerana tiada simptom yang boleh dilihat seperti penyakit-penyakit lain namun tahap kenakalan kanak-kanak berkenaan berbeza dengan rakan seusia.

FAKTA 2: Kanak-kanak lelaki lebih berisiko untuk alami gejala ADHD berbanding perempuan akibat daripada pengaruh genetik seorang bapa yang boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka.

Apakah punca ADHD?
Realitinya, punca ADHD masih tidak diketahui secara jelas tetapi ia dikaitkan dengan:
  • faktor genetik
  • ketidakseimbangan bahan kimia (sistem neuro) dalam otak
  • pemakanan (pengambilan gula berlebihan
  • alahan
  • terpengaruh dengan televisyen/media massa

Gejala Utama ADHD
𝐀 - Hiperaktif
  • tidak duduk diam dan lasak di kerusi
  • tidak henti-henti bercakap
  • suka berlari ke sana sini
  • menyentuh atau bermain dengan apa sahaja benda yang dapat dicapai
  • tidak boleh duduk tetap semasa makan
  • sentiasa bergerak
  • sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap

𝐁 - Tiada Tumpuan (kerap terlepas pandang kerana sukar dikesan)
  • sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru
  • mudah hilang fokus, terlepas perincian, lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
  • sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
  • cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
  • mengalami masalah menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
  • sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan sesuatu tugasan
  • tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya
  • selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
  • sukar  memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan payah menurut arahan

𝐂 - Impulsif (sifat terburu-buru)
  • sangat tidak sabar 
  • menjawab soalan dengan gelojoh
  • komen tidak sopan
  • menunjukkan emosi tanpa tapisan
  • melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat
  • sukar menunggu perkara yang dihajati atau menunggu giliran ketika bermain
  • sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain

Peranan Ibu Bapa Tangani Anak ADHD
Rujuk Pakar Perubatan Paediatric/Psikologi 

Bertujuan untuk mengenal pasti keadaan si anak sama ada tergolong di dalam ADHD atau tidak serta mendapatkan khidmat nasihat. 

Preskripsi/kombinasi ubat yang bertindak mengawal gejala dan perilaku terapi seperti methylphenidate, dexamfetamine, lisdexamfetamine atomoxetine dan guanfacine. Walau bagaimana pun, pengambilan ubat pasti memiliki kesan sampingan yang mana boleh menimbulkan efek lebih serius iaitu kerosakan hati dan lagi teruk menjurus tindakan untuk membunuh diri.


Kawalan diri selaku Ibu Bapa/Penjaga
  • Elakkan menghukum si anak yang hiperaktif dengan memukul kerana mereka perlu masa untuk berubah
  • Usah sesekali melabel si anak sebagai anak yang nakal, malas, bodoh kerana kata-kata itu *doa*
  • Jangan berasa bosan dalam melayan karenah si anak sama ada semasa melatih atau mengajar mereka kerana mereka mengambil masa untuk kuasai apa yang diajari
  • Bertindak dengan bijak dan tenang untuk menasihati si anak apabila mereka mencederakan diri/orang lain

Komunikasi

Wujudkan komunikasi yang kerap dengan si anak kerana komunikasi yang baik mampu menjadikan si anak lebih kreatif dan idealisme.

Berikan arahan secara lembut, berkala dan konsisten. Perlu berhati-hati jangan terlalu mendesak/marah kerana ia akan membangkitkan rasa stress pada si anak sehingga boleh mengakibatkan mereka mencederakan diri/orang lain.


Penghargaan & Doa

Berikan sokongan dan penghargaan terhadap apa jua usaha si anak walaupun kecil. Reward seperti membawa si anak ke tempat yang mereka suka, puji-pujian untuk tugasan yang dibuat serta salurkan seluruh kasih sayang pada mereka supaya si anak merasakan diri mereka sangat berharga.

Doa adalah senjata orang Mukmin. Jangan putus berdoa untuk kesembuhan dan kesejahteraan si anak.




Pemakanan Seimbang dan Suplemen

Perlu kawal dan ambil berat terhadap corak pemakanan anak yang mengalami  masalah ADHD. Elakkan makanan yang tinggi gula dan makanan segera (fast food/snack).

Elakkan:
  • Coklat
  • Gula-gula
  • Susu
  • Aiskrim
  • Mentega
  • Yogurt
  • Tomato
  • Jeruk
  • Pisang
  • Anggur Merah
  • Epal
  • Koko
Berikan anak makanan yang:
  • Tinggi protein - baik untuk otak dan jadikan bekalan sarapan dan makan tengahari seperti telur, daging, keju dan kacang-kacangan. Selain itu boleh berikan anak Meal Shakes sebagai bekalan protein lengkap. 
  • Lebihkan karbohidrat kompleks - banyak serat bertujuan untuk memperlahankan proses pencernaan dan perut akan berasa kenyang dengan lebih lama. Ini untuk mengelakkan anak makan jajan perantaraan masa makan. Perlu lebihkan sayuran dan buah-buahan. 
  • Kaya Asid Lemak Omega-3 - OmegaGuard membekal asid lemak omega 3 yang sangat banyak didapati di membran sel otak kita.

Bagaimana OmegaGuard Dapat Membantu Masalah ADHD


Salah satu sebab gejala ADHD adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Kekurangan dopamine, iaitu sejenis neurotransmitter yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara sel saraf otak dikatakan punca kepada gejala ADHD. Dopamine ialah bahan kimia otak yang mempunyai hubung kait yang kuat dengan gejala ADHD.

Dopamine memberi kesan kepada keupayaan kita untuk:
  • fokus
  • memberi perhatian
  • bermotivasi
  • menurut arahan dan menjalankan tugasan
Apabila dopamine tak cukup dalam otak, maka seseorang itu cenderung untuk mengalami gejala ADHD. Jadi, cara terbaik untuk mengurangkan gejala ADHD adalah dengan meningkatkan paras dopamine dalam otak.

Berikut adalah antara kajian yang menyokong kesan pengambilan suplemen omega 3 ke atas pesakit ADHD 👇
Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25790022

Dalam kajian ni, sekumpulan kanak-kanak lelaki, dengan masalah ADHD dan tidak mempunyai ADHD yang berusia antara 8-14 tahun, diberikan sama ada placebo atau 10 gram marjerin (mengandungi 650mg DHA/EPA) selama 16 minggu. 

Hasil dari kajian ini mendapati, kanak-kanak lelaki yang mengambil suplemen Omega 3 menunjukkan pengurangan dalam gejala ADHD. Menurut kajian itu, peningkatan dalam tumpuan dilihat pada kedua-dua kanak-kanak dengan ADHD dan tanpa ADHD, tetapi kesannya adalah yang paling ketara pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD.

Beberapa testimoni berkenaan anak yang hiperaktif ikhtiar dengan asid lemak omega-3, OmegaGuard Shaklee.




Cara untuk Dapatkan Suplemen untuk Masalah ADHD


Anda boleh dapatkan rangkaian produk shaklee bersama Eboo secara eksklusif dengan konsultasi lanjut bergantung kepada masalah yang anda hadapi serta cara pemakanan yang betul bagi mendapatkan kesan optimum 😘

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

Follow me 👇




*PERHATIAN: Kepada para ibu bapa, sila dapatkan konsultasi doktor dahulu untuk kenal pasti masalah anak anda. 

PENAFIAN: Setiap penulisan dan cadangan adalah berdasarkan pemilihan makanan tambahan Shaklee. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Artikel berkaitan: