Cara Buat Bisnes Tanpa Modal dan Tak Perlu Simpan Stok

Wednesday, November 22, 2017 2 Comments A+ a-

Orang buat bisnes, kita pun nak buat juga. Tapi, macam-macam fikir, dengan modalnya, nak simpan stoknya lagi kang rugi tak pasal-pasal lingkup pulak. 

Ini fasa normal bagi semua yang baharu nak memulakan bisnes. Apa yang penting untuk memulakan bisnes adalah azam yang tinggi dan cekal redah segalanya. 

Sistem perniagaan online sekarang telah berkembang maju. Model perniagaan tanpa modal dan tak perlu simpan stok adalah bisnes dropship

Peluang terbuka kepada semua untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah dan ringkas. 


Penglibatan 3 pihak

1) Penjual/Seller 

2) Pembeli/Customer

3) Dropshipper (pihak supplier yang menguruskan inventori dan penghantaran produk)


Proses Model Dropship

1. Penjual akan promote produk dengan meletakkan gambar dan maklumat produk di website mereka.
2. Pembeli akan berurusan dengan penjual & membuat pembayaran untuk membeli produk tersebut.
3. Pembeli membayar harga produk tersebut dengan harga pasaran beserta kos penghantaran.
4. Penjual menyerahkan order detail seperti nama, alamat, no. telefon dan kuantiti kepada dropshipper beserta dengan bayaran produk tersebut (wholesale price+kos penghantaran).
5. Dropshipper akan menghantar produk tersebut terus kepada pembeli. Lazimnya identiti syarikat dropshipper dirahsiakan untuk menjaga kepentingan penjual yang mempromosikan produk tersebut.


Tips untuk Mula Bisnes Droshipping

Cari supplier/dropshipper yang sah 

Anda boleh cari peniaga yang buat perkhidmatan dropship dan siasat latar belakang syarikat yang dipilih bagi memastikan mereka menjalankan perniagaan yang sah. Semak nama pemilik, alamat syarikat dan nombor telefon untuk dihubungi, pastikan ianya memang wujud. 


Kenal pasti terma & syarat yang ditetapkan

Ambil tahu mengenai kos penghantaran dan syarikat perkhidmatan pos pilihan mereka ketika berurusan. Kenal pasti jumlah tenaga kerja yang mereka ada. Jika boleh, sediakan dokumen syarat-syarat bertulis atau kontrak, yang meliputi jaminan untuk produk pembeli. Ini penting bagi memastikan pembeli mendapat pulangan jika produk yang dibeli itu rosak, tidak sampai pada masa yang ditetapkan atau dalam situasi yang lebih teruk – produk itu tidak sampai langsung ke tangan pembeli.


Bina platform jualan sendiri 

Gunakan platform yang sedia ada seperti Facebook, Fanpage, Instagram, blog @ Twitter sebagai medan pemasaran dan promosi produk anda. Pamerkan maklumat yang lengkap dan jelas bagi memudahkan anda dan pelanggan berurusan. 


Kelebihan Bisnes Dropship dengan Shaklee

Ya! Shaklee merupakan salah satu syarikat yang mengamalkan model dropship secara tak langsung kepada setiap pengedarnya. 

Selaku pengedar Shaklee (SID), anda mungkin tidak perlu modal dan yang pasti tidak perlu menyimpan stok yang banyak bawah katil.


Modal 💰

Modal untuk join Shaklee hanya serendah RM79.50 sahaja. Anda akan dapat Starter Kit yang mengandungi info berkaitan Shaklee.

Taknak ada modal? Nak PERCUMA? Boleh! Dengan pembelian produk shaklee bersama-sama pendaftaran keahlian. 

Kenapa perlu beli produk? Rata-rata yang join Shaklee memang pengamal  tegar suplemen terbaik ini kerana Shaklee menawarkan produk semula jadi selamat dan terbukti berkesan, serta sokongan latihan, pengiktirafan dan pelan pampasan yang lumayan. 

Anda rasa kesannya #shakleeeffect, automatik anda akan sebarkan kebaikannya kepada sekalian umat manusia dan secara automatiknya anda sedang menjana pendapatan yang amat memberangsangkan.


Stok 📦

Permulaan bisnes Shaklee anda tak perlu simpan stok. Tak perlu risau barang tak habis kerana selalunya kalau ada pun produk yang disimpan adalah untuk keperluan sendiri. 

Order hanya di hujung jari sahaja. Shaklee mempunyai sistem online yang sangat mudah (www.shaklee2u.com.my). Semua urusan berkaitan belian produk, semakan nombor penghantaran parcel, info terkini dan info produk telah sedia ada. Malah pembeli boleh terus buat pembelian seperti e-commerce site (direct online shopping) melalui eSell. Sangat-sangat mudah!

Jaminan Kami

Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam:

  • ✔ Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
  • ✔ Semulajadi
  • ✔ Berkesan
  • ✔ Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya
  • ✔ Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green

Berminat untuk sertai Eboo dengan bisnes Shaklee?

HUBUNGI EBOO SEKARANG!

2 review

Write review
24 November 2017 at 01:43 delete

Lengkap info semua sekali. Byk membantu utk jadi guideline siapa2 yg nak berbisnes :)

Reply
avatar
Eboo Idziani
AUTHOR
24 November 2017 at 10:30 delete

Terima kasih Tn. Fahmy Shuhaimi :)
Jana pendapatan dengan Shaklee dalam masa yang sama kesihatan pun tiptop, InsyaAllah

Reply
avatar